You are viewing [info]geniousboy's journal

Previous Entry

Permulaan fasa baru dalam kehidupan


Kali terakhir entry untuk blog ni, November 2009 dan tarikh hari ini, 12 November 2011. Bermakna sudah 2 tahun blog ini tidak berusik, terabai, ditinggalkan. Walhal, jika nak diikutkan kehidupan seharian sepanjang tahun lepas, banyak perkara yang boleh dikongsi dan dicoretkan. Lebih-lebih lagi pengalaman sepanjang setahun berada di perantauan, bumi Glasgow kerana menghabiskan saki-baki pengajian Master of Pharmacy. Alhamdulillah, aku dah berjaya graduate pada Julai lepas dengan ijazah Master of Pharmacy with Merit dari University of Strathclyde, Glasgow, United Kingdom. Dan sekarang aku telah berada di kampung halaman di Johor Bahru semenjak sekembalinya dari Glasgow seusai majlis konvokesyen pada Julai itu.

Dengan selesainya pengajian dalam bidang farmasi, maka secara automatiknya kerjaya aku akan bermula dalam bidang farmasi. Alhamdulillah, aku telah memulakan kerjaya sebagai seorang pegawai farmasi setelah melapor diri pada 10/11/11. Untuk post kali ini, aku nak bercerita dan berkongsi serba sedikit pengalaman bermula dari proses temuduga hinggalah bermulanya kerjaya di hospital.

Memandangkan aku adalah pelajar tajaan JPA, maka perkara pertama yang perlu dilakukan setelah pulang ke Malaysia adalah melapor diri di JPA untuk mengesahkan bahawa aku telah tamat pengajian dan telah pulang ke tanah air. Perkara kedua yang perlu dilakukan adalah menghadiri temuduga SPA untuk membolehkan aku dilantik sebagai pegawai awam kerajaan. Kita hendaklah menghubungi SPA untuk menetapkan tarikh temuduga kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dikehendaki. Pada 16/8/2011 iaitu di pertengahan Ramadan, aku dan beberapa orang rakan telah menghadirkan diri ke SPA di Putrajaya untuk proses temuduga. Berhadapan dengan 2 orang penemuduga, seorang dari SPA dan seorang pegawai farmasi selaku wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), proses temuduga berjalan lancar. Walaupun agak berdebar kerana pengetahuan klinikal yang terhad, Alhamdulillah segala soalan dapat dijawab. Susah atau senangnya soalan bergantung kepada siapa panel penemuduga. Antara soalan popular yang sering ditanya:

Soalan wakil SPA:
1. Kenapa anda memilih bidang farmasi?
2. Apakah nasihat anda kepada adik2/junior2 yang sedang atau akan melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi?
3. Soalan-soalan umum berkenaan Malaysia seperti konsep 1Malaysia, carta organisasi KKM, dll.
4. Jika anda dihantar ke sabah/sarawak, adakah anda akan pergi?

Soalan wakil KKM:
1. Contoh2 ubat dan kegunaannya.
2. Department di hospital yang diminati dan alasannya.
3. Demo kaunseling kepada pesakit.
4. Perkembangan terbaru berkaitan bidang farmasi/kesihatan di Malaysia, eg pos ubat melalui poslaju, sistem integrasi, dll.

Banyak lagi sebenarnya soalan yang ditanya, tapi cukuplah sekadar contoh2 saja. Selesai temuduga, aku terus ke KKM untuk mengisi borang maklumat diri (BMD). Dalam borang tu, kita perlu isikan 3 pilihan negeri di mana kita ingin berkhidmat. Namun demikian, tidak semua akan mendapat tempat pilihan, semuanya bergantung kepada keperluan dan kekosongan. Keputusan temuduga boleh diketahui sehari atau dua hari selepas temuduga melalui telefon. Kebiasaannya, semua calon temuduga berjaya, jadi tidak perlulah terlalu risau berkenaan temuduga SPA tu.

OK. urusan dengan JPA (jika ditaja) dan SPA selesai. Urusan seterusnya adalah menunggu surat lantikan dari SPA yang mengesahkan bahawa aku telah dilantik sebagai pegawai farmasi U41 di bawah KKM. Tunggu punya tunggu, surat akhirnya sampai 2 minggu selepas temuduga. Seterusnya, hantar salinan surat berkenaan beserta dokumen lain yang dinyatakan kepada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) untuk mendapat sijil pendaftaran sementara. Sijil ini diperlukan untuk melapor diri di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan hospital kelak. Ambil masa dalam 2 minggu juga untuk terima sijil tersebut. Bila dah selesai urusan dengan JPA, SPA dan LFM, tibalah masa untuk menunggu surat dari KKM yang akan menentukan negeri mana aku perlu pergi untuk menjalani latihan PRP. Mungkinkah negeri kelahiranku Johor? atau terpaksa merantau ke Sabah? Tungguuuuuuu....

bersambung next entry...

Profile

[info]geniousboy
mohd syafiq bin abu bakar
my blog

Latest Month

November 2011
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930   
Powered by LiveJournal.com
Designed by Terri McAllister